Showing posts with label info dan ilmu. Show all posts
Showing posts with label info dan ilmu. Show all posts

Tuesday, October 22, 2013

Gelapnya....Camne nak tidor???





assalamualaikum...
ni nak habaq ni....
hangpa tau x byk kebaikan nye tidor dalam keadaan gelap....

haaa...
dulu kalau suroh tidor tutup lampu memang x boleh tdo...
mesti korang pun same kan...
x tau la...nape tak boleh tidor dalam gelap...
bukan ada hantu pon khan....

itu dulu...
mase tu xtau yang sebenarnya ada sebab mengapa orang tua suroh kita tidur dalam gelap...
mengapa lampu2 di asrama akan dimatikan bila masok waktu tidur...
sebenarnya kita tak tahu...
banyak baiknya tidur dalam gelap....

 tubuh badan manusia akan menghasilkan hormon melatonin ketika tidak ada cahaya.
apa itu hormon melatonin?
hormon ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh badan yang mampu memerangi dan mencegah pelbagai penyakit termasuk
KANSER PAYUDARA DAN KANSER PROSTAT...

akan tetapi...hormon melatonin ini akan berhenti dihasilkan sekiranya terdapat cahaya samada cahaya lampu ataupun cahaya dari tv semasa kita tidur..

tengok...bukan saja jimat tenaga elektrik...malah dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan kita...
hasil penyelidikan mendapati, ketika cahaya dihidupkan malam hari, ekspresi berlebihan dari sel-sel yang berkaitan dengan pembentukan kanser berlaku....
haa..amek ko....

malah...anak2 yang tidur dalam keadaan terang oleh cahaya buatan akan berisiko  mengidap LEUKEMIA...

 "Padamkanlah lampu di malam hari apabila kamu akan tidur, Tutuplah pintu, tutuplah rapat-rapat bejana-bejana dan tutuplah makanan dan minuman" (HR.Muttafaq'al aih).

jom...kita cuba amalkan tidor dalam gelap...
dulu masih single memang x boleh nak cuba la...hekhek...
sekarang dah ade orang kat sebelah xyah pasang lampu dalam bilik pon xpe...
opsss...over pulop....
hikhik....
 mekaseh kerna membace sikijap....





 

Sunday, September 22, 2013

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk






1) Hampiri kawasan bercahaya
langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari temptat yang terang, misalnya cahaya semulajadi di tepi tingkap.

2) Basuh muka
Cara ini sangat berkesan dan akan serta merta menyergarkan mata anda.

3) Wangian aromaterapi
Wangian aromaterapi dikenalpasti dapat mengembalikan semangat kerana bau-bauan segar akan meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk.

4) Dengar muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda.

5) Senaman Ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, mematahkan jari, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk.

6) Pandang pepohon hijau
Taman hijau dapat menyegarkan pemandangan sekaligus dapt menghilangkan rasa mengantuk

7) Urut
Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala dalam beberapa ketika sahaja anda akan berasa segar dan aktif semula.

8) Minum air yang banyak
air sangat pentinguntuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam dengan lebih kuat.

9) Amalkan teknik pernafasan betul
Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

10) Berjalan-jalan
Berhenti rehat seketika dengan bangun berjalan dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.

11) Membaca ayat Al-Quran
Membaca sepotong ayat  Al-Quran di dalam ayatul Qursi boleh dijadikan penawar untuk meghilangkan mengantuk. 

Wednesday, December 12, 2012

Jimak Cara Islam


gambar sekadar hiasan je ye....hiii...

wah...dewasa nye entry sye kali ini...
tadi..dok sebok google punye google terjumpe lah satu artikel cakap tentang cara bersama suami isteri mengikut syariat Islam..hiii..cam segan lak nak citer sal ni kan...
haishhh..macam lah belom kawen kan....
pelik lah awok nih..
okey..berbalik pade topik..
antara yang artikel tu ceritakan ialah..:

Rasullah s.a.w bersabda, "Wahai para pemuda, sesiapa sahaja antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya, siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai". Hadis Riwayat Ibnu Mas'ud r.a.

Cara melakukan persetubuhan atau jimak yang dianjurkan dengan kaedah Islam:
SUNAT
1. Suci daripada hadas kecil dan sunat terlebih dahulu berwuduk.
   Mandi dan memakai wangi-wangian sebelum jima'
2. Sunat melakukan persetubuhan atau hubungan seks ketika
    sihat dan jangan waktu lapar atau waktu terlalu kenyang
3. Lakukan gurau senda dahulu sebelum bersetubuh
4. Sunat melakukan persetubuhan pada malam jumaat atau 
    pada harinya. Dan  malam Isnin atau malam Khamis
5. Sunat membaca doa sebelum jima':

   






Ertinya:
Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan 
dan jauhkanlah dari syaitan apa yang Kau karuniakan
kepada kami.

6. Berselimut dan di atas hamparan disunatkan ketika jima'

HARAM
1. Melakukan hubungan seks ketika isteri sedang haid, nifas,  
    dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas
   dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.
2. Haram jima' di tempat terbuka (awam)
3. Haram jima' dalam masjid.

MAKRUH 
1. Makruh jima' pada malam dua hari raya dan pada akhir 
    setiap bulan dan pertengahan bulan-tanggal 15
2. Makruh bersetubuh selepas solat Zuhur hingga ke petang
3. Makruh jima' di bawah matahari dan di bawah bulan mengambang

Untuk mengulangi bersetubuh dengan isteri...hendaklah dibasuh dahulu zakar.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu." (Hadiths Riwayat Baihaqi)

Masa berjimak untuk mendapatkan zuriat yang sempurna.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah
    mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau 
    ketua yang bengis.
2. Jangan berjima' antara azan dan iqamah. Jika Allah mengurniakan
    anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami
    dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
    menjadikan seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjima' pada pertengahan nisfu syaban. Jika Allah mengurniakan
    anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak
    ia akan menjadi seorang yang suka meinta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar).
    Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu
    kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada 
    banyak manusia.
7. Jangan berjima' dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan
    anak, nanti anak itu menjadi seorang  munafiq, pelampau yang melampaui batas.
8. Jangan berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. 
    Jika Allah mengurniakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh
    tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu
    kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjima' dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah
    mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan 
    menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjima' yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi
    seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala 
    pembahagian Allah s.w.t
2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat 
    mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala)
    kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan 
    melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan 
    mengadu domba.
3. Pada malam Khamis. Jika  Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
    yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan
    orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak
    dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta 
    Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia menjadi seorang
    pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas Asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi 
    seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Semoga info ini berguna untuk kengkawan semua...
kalau segan, bace lah sembunyik2..hikhik....
Sumber rujukan:
 http://mselim3.blogspot.com/2012/02/kaedah-jimak-cara-islam.html

Tuesday, October 23, 2012

manusia dengan kepelikan....


erm...manusia dengan kepelikan...
tpi dorang ni boley ker dikatakan manusia...
entah ape2 lah dorang nih...
Tuhan dah bagi muke elok molek jer...nak jugak ubah lagi..
hasihhh...mmg manusia ni xpernah nak bersyukur kan...
trend ini dinamakan bagelhead..
dah mcm ikan dahi besor tu dah kamek tengok..huhu...
ingat cantek ke kak?cam cacat dah orang tengok...
terkejut jugak tengok trend cenggini..
x bahaye ker kan?
pastu terus la jari ni menggoogle..
jumpe la sikit info iaitu:
menurut doktor kulit dari Connecticut Skin Institute di New York, Omar A. Ibrahimi, tubuh manusia boleh menyerap larutan garam yang disuntik di bawah kulit. Tetapi larutan garam yang berkonsentrasi tinggi akan membebani tubuh untuk memprosesnya. Jikam tidak diperhatikan, kesan terburuk yang mungkin timbul ialah dehidrasi ekstrem manusia dan jika itu terjadi, kemungkinan pembuluh darah akan pecah dan akhirnya membawa kepada kematian. Larutan garam yang tidak steril atau bersih boleh membawa kepada jangkitan kuman atau bakteria. Sebahagian besar bakteria boleh dibunuh oleh sistem imunisasi badan tetapi sekiranya bakteria sudah masuk ke dalam sistem pencernaan, iainya mempunyai kesempatan yang lebih tinggi untuk menyerang. Selain itu, pembentukan bagelhead secara berterusan akan membahayakan tingkat elastisiti kulit kepala itu sendiri. Kulit kepala akan mengerut seperti nenek tua berusia 80 tahun...
hihi...cantek lah sangat...
kan...

Thursday, June 7, 2012

atasi rasa marah

tipu lah kalau korang tak pernah rasa marah kan..setiap manusia memang dibekalkan dengan rasa marah dan stress...tapi marah macam mane pun haruslah berpada-pada...takut nanti akhirnya diri sendiri yang merana..mcm mana nak atasi kalau kita rasa marah yer?ape nak buat kalau marah mulai terbit di dalam hati kita yang sebenarnya ada taman ni...bace ni..

1. Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
2. Bertenang…kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
3. Kenal pasti kenapa anda marah
4. Cuba dengar penjelasan orang lain
5.Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
6. Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
7. Membiasakan diri memaafkan - menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

kalau perasaan marah tu mula terbit dalam hati sanubari...cube untuk :

1. Berfikir secara positif
2. Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
3. Belajar menyukai diri sendiri
4. Belajar bertenang
5. Adakan hobi
6. Adakan hobi, kerja atau beriadah
7. Dapatkan tidur yang cukup
8. Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
9. Bersifat tegas/asertif
10. Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

aku pun sendiri harus cube praktikkan senarai2 yang kat atas tu..sebab aku ni kira boleh tahan jugak lah pemarah nyer...hihi...semoga sama2 kita dapat hindarkan api dari dalam hati kita..amin...


Wednesday, May 30, 2012

FIBROID

Apakah wanita di luar sana tahu apa itu FIBROID?
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, ia boleh memberi pelbagai masalah kepada wanita seperti menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit semasa haid, sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser. 
Bagaimana wanita boleh menghadapinya?
Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tapi setakat ini masih tidak dapat dipastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi pada kebanyakan wanita yang berusia 30 tahun hingga 40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin merendah, fibroid juga akan susut dengan sendirinya. 
Apakah simpton yang dihadapi wanita yang mempunyai fibroid?
Kebanyakan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami :
- sakit semasa haid (senggugut)
- sakit belakang
- haid yang  banyak
- sembelit
- kerap kencing
- keguguran yang kerap
- sukar mengandung
Bagaimana Fibroid dapat dikesan?
Kebanyakan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak itu. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari fibroid atau ovari. 
Bagaimana fibroid ini dirawat?
Kebanyakan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada :-
-  sebanyak mana haid atau senggugut yang anda hadapi
-  berapa cepat fibroid itu membesar
-  usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopous
-  keinginan anda untuk mendapatkan anak kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
                                                                              

Monday, May 21, 2012

cepat potong kuku!!!!

           
Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang dosanya sama seperti memelihara sekandang babi!!!...(opss...khinzir lembut sikit)....jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang...bayangkan dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua khinzir-khinzir tersebut..potonglah kuku anda.. Jangan ada niat untuk menyimpan kuku panjang, walaupun hanya 1 mm ataupun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.
          Orang Melayu (Islam) yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cekodok pisang, uli tepung dan sebagainya. Apa ilmu yang di ajar pun tak kan boleh diterima masuk ke dalam kepala.
         Percayalah....Untuk orang bujang beringatlah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. InsyaAllah...
         Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tidak termasuk korek hidung, telinga dan sewaktu dengannya.


Renung-renungkan dan selamat memotong kuku..(^^,)

Friday, May 18, 2012

lelaki sebenarnya....

  • Tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda kelihatan mempesona.)
  • Sangat benci dikhianati. (Walaupun mereka egois, keras dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
  •  Ketika saat dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukanberarti anda tidak pernah ada di hatinya).
  • Jika dia mengatakan "Ya, memang aku tidak memahami kamu", itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. (Bukakn berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain.)
  • Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah, ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini).
  • "Awak sedang buat apa?" atau "Dah makan belum?" adalah ayat paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda).
  • Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda).
  • Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. (Untuk itu jangan memelihara muka masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
  • Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda.
  • Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda).
  • Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!
  • Lelaki ingin berbagi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
  • Sesekali lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih mereka pun boleh menangis seperti anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya).
  • Jangan berusaha membuat lelaki marah, kerana mereka adalah makhluk Tuhan yang mudah marah.
  • Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
  • Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelefon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana anda memberikan respon yang negatif).
  • Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu, boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
  • Jangan pernah berkata, "Mmmmhh......lupakan jelah", kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
  • Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika anda melakukan ini pada pasangan anda, maka dia akan terus menerus merindukan anda).
  • Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda.

Thursday, May 17, 2012

Risiko Mencium Telinga Anak

          Seorang profesor audiologi mengenal pasti lebih 30 orang hilang pendengaran selepas dicium di telinga dan jumlah itu berkemungkinan lebih ramai.
          Penyelidik dari Universiti Hofstra di Hemstead, New York, Dr. Levi Reiter berkata seorang wanita menemuinya kerana kehilangan pendengaran selepas anaknya berusia lima tahun menciumnya di telinga, lapor MSNBC.com yang dipetik akhbar Korean Herald.
          Reiter berkata beliau menyangkakan pada ketika itu kes wanita itu sangat unik tetapi kemudian beliau mendapati kes yang sama pernah berlaku sekitar 1950 an.
         Sedutan yang kuat pada gegendang daripada ciuman menarik rantaian tiga tulang kecil dalam telinga mengakibatkan gegaran di dalam cecair koklea. - Dr. Levi Reiter, Penyelidik dari Universiti Hofstra di Hemstead, New York.
          Selepas akhbar Long ISland melaporkan penemuannya, beliau turut menerima maklum balas daripada orang ramai yang mengalami masalah sama.
         Reiter berkata sedutan kuat pada gegendang daripada ciuman menarik rantaian tig atulang kecil dalam telinga yang mengakibatkan gegaran di dalam cecair koklea atau di dalam telinga.
        Beliau berkata mungkin lebih banyak kes kehilangan pendengaran seumpama ini terjadi kepada bayi dan kanak-kanak bagaimanpun ibu bapa mungkin tidak mengaitkannya dengan ciuman.
         Kehilangan pendengaran sehala disebabkan hembusan ke telinga, bunyi bising seperti letupan bunga api di atas kepala atau penggunaan putik kapas yang ditolak terlalu dalam, kata Reiter.
Beliau turut bercadang untuk menghantar penemuan berkenaan kepada Jurnal Audiologi Antarabangsa dan Jurnal Otorhinolaringologi Kanak-kanakAntarabangsa. -Agensi.

terus maju ke depan