Thursday, June 7, 2012

atasi rasa marah

tipu lah kalau korang tak pernah rasa marah kan..setiap manusia memang dibekalkan dengan rasa marah dan stress...tapi marah macam mane pun haruslah berpada-pada...takut nanti akhirnya diri sendiri yang merana..mcm mana nak atasi kalau kita rasa marah yer?ape nak buat kalau marah mulai terbit di dalam hati kita yang sebenarnya ada taman ni...bace ni..

1. Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
2. Bertenang…kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
3. Kenal pasti kenapa anda marah
4. Cuba dengar penjelasan orang lain
5.Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
6. Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
7. Membiasakan diri memaafkan - menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

kalau perasaan marah tu mula terbit dalam hati sanubari...cube untuk :

1. Berfikir secara positif
2. Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
3. Belajar menyukai diri sendiri
4. Belajar bertenang
5. Adakan hobi
6. Adakan hobi, kerja atau beriadah
7. Dapatkan tidur yang cukup
8. Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
9. Bersifat tegas/asertif
10. Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

aku pun sendiri harus cube praktikkan senarai2 yang kat atas tu..sebab aku ni kira boleh tahan jugak lah pemarah nyer...hihi...semoga sama2 kita dapat hindarkan api dari dalam hati kita..amin...


No comments:

terus maju ke depan