Tuesday, June 5, 2012

hukum meniup lilin hari lahir

     Sering menjadi persoalan kita "bolehkah menyambut hari kelahiran dengan meniup lilin sambil menyanyi...some people kate x boley.tapi kalau kita tukar dengan lagu Allah selmatkan kamu macam mana pulak?    
Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah sendiri akan berpuasa setiap hari Isnin untuk memperingati kelahiran baginda. Kemudian setiap 12 Rabiulawal semua umat Islam akan menyambut hari kelahiran dan perjuangan baginda untuk memartabatkan agama Islam.
     Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik keranaitu adalah caranya kita mengingati segala nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita dan ia merupakan slah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita ke dunia ini dengan keadaaan baik dan sihat.
     Tapi harus diingat kalu majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, konsert, bercampur antara lelaki dan perempaun yang bukan mahramnya, meninggalkan solat dan sebagainya maka majlis ini menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam di luar sana, bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu "selamat hari jadi"?.
     Jawapannya perkara ini datang bukan dari budaya Islam tetapi ia datang dari budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW membawa maksud : 
     "Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku."
     Jelas disini marayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari agama Islam, maka ia dipraktikan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barangsiapa yang menyambutnya dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu selamat hari lahir adalah haram sebab ia bukan dari budaya agama Islam. Cara Islam menyambut hari kelhiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat berdekatan dengan bertujuan untuk bersilaturrahim antara satu sama lain. 
     Akhir kalam, masuklah ke dalam agama Islam dengan cara keseluruhannya, bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan akhirat. Raikan lah hari kelahiran dengan cara yang ditetapkan oleh syarak Islam..mudah-mudahan majlis yang dilaksnakan itu mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah SWT..amin...
sumber : http://www.ustaznoramin.com/

No comments:

terus maju ke depan