Showing posts with label wanita oh wanita. Show all posts
Showing posts with label wanita oh wanita. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

siapa wanita cantik???

Wanita cantik ialah :

1. MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH
Seorang perempuan itu akan terserlahkekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yangdatang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaanyang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2. TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak.kalau benar-benarseorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orangsekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yangsebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan diayang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupunsebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3. TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorangyang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan puladia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetaptertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannyaterhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4. TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diujiolehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapibagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halanganuntuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadilebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang adadalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaandaripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akanazab YANG ESA.

5. MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkankesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabilamelibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuahkehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itusentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkanhatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluangpadanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6. MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang darihatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarangpembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untukmeraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yangtulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segalatomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantikini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorangisteri dan ibu yang solehah.

7. BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
dia hanya berharap kepada YANGESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoatidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanitayang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebihmementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluargamereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepadaYANG ESA.


Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!



mahu jadi isteri dambaan suami

google punya google..tetiba terjumpa tips nih..semoga aku bisa menjadi isteri dambaan suami..hohoho...boley ker??bangun susukan hanee memalam pun dah nak nanges...hohoho..takpe..usaha tangga kejayaan...tips kat bawah ni adalah 8 cara menjadi isteri dambaan suami..boley ker nak jadikan ianya kenyataan..hurm...cer cube..cer cube...

1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik darisudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu andatonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akanbenar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hatisuami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untukmendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnyamampu lakukan ini!

2. 'Assistant' dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yanghobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami.Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya.Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancanganekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapibagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidakberkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlahsekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajetbulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpinkerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapatmenguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahaiisteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami,anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkarakecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapatdiuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat inikerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baikmaka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akanmemberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suamiberada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramaisuami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada dibelakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami,berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi merekajatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidakakan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakanwalaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteritidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayanglebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupunmungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnyasuami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan.Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaikdalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebatakan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri danfamili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ keranaberkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteriyang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem dipejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama dipandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjagaimej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri jugaperlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah,sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaianutama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaansuami anda.

8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadiisteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akanbahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suamianda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila andamengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertuaanda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkansuami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.
semoga kamek dapat jadi isteri yang kitak dambakan..amin....




Wednesday, June 6, 2012

wanita dan wangian

Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A’raaf, ayat yang ke-31:

“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”
Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu’alam.

Harus
     Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)

Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.

Sunat
     Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

“Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya” (Riwayat al-Tarmizi)

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata:

“Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh
     Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa”. Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram
     “Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina” (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda:

“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur:

“Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi……” (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian…(penzina)” (Riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.
Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam.             

mudahnya wanita mendapat pahala dan syurga

Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak  menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)
Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu: 
> Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
> Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
> Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
> Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
> Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
> Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
> Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.
Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan  tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.
Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1.  Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
 4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
 25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

Monday, May 28, 2012

kelebihan wanita berpayudara saiz S...hihi...

oppsss....sekadar berkongsi ilmu...
bila bukak fesbuk tadi terjumpalah satu artikel nih....cam kene je ngn btg hidung sendiri..hihi...then tetiba hati berkata.."haa..sentiasa berprasangka baik dengan Tuhan lepas ni.."nak tau ape artikel tu cakap ? artikel tu bagitahu kelebihan wanita yang mempunyai payudara saiz comel....antara kelebihan nye.....

1.   boleh elak orang nak buat gangguan seksual ngn kita...
      - bagi wanita yang berpayudara kocik, mereka boley elak diri dari 
        lelaki yang selalu memandang payudara wanita...erm...lumrah lelaki 
        memang camtu la kan...so, yang berpayudara kocik ni senang la sembunyikkan...
2.   Penyayang dan Setia
      -  nak tau...wanita yang berpayudara kocik ni selalu nya termasuk 
         dalam kategori yang setia dan jarang
         main kayu tiga....main ranting2 kayu masa kecik2 dulu ade la kot...
3.   Kepuasan seks lebih cepat
      - Kepada kaum lelaki, anda tidak perlu bimbang jika tidak dapat 
        memuaskan isteri pada detik malam pertama.wanita payudara 
        kecil lebih cepat teransang dan mempunyai waktu klimaks dengan 
        cepat berbanding wanita payudara besar.
4.   Berpakaian lebih sopan
      -  Wanita payudara kecil berpakaian lebih bersopan dan tidak terlalu 
         mendedahkan payudara seperti wanita berpayudara besar.
5.   Bebas melakukan aktiviti sukan
      -  Melakukan aktiviti sukan seperti olahraga dengan tenang 
         kerana tidak perlu risau kerana payudara kecil lebih ringan. 
         dan senang dibawa kemana-mana. haha..statement tak boleh tahan
6.   Boleh tidur pelbagai posisi
      -  Payudara yang kecil lebih memudahkan seseorang 
         untuk tidur dengan pelbagai posisi sekalipun.Contohnya tidur 
         meniarap dan menyiring.
7.   Selesa tanpa coli
      -  Payudara kecil lebih selesa walaupun tanpa memakai coli 
         dan bentuk payudara tidak begitu ketara disebalik pakaian. 

So....jangan rendah diri ye kwn2 di luar sana....setiap kejadian pasti ada kelebihannya....senyum2 selalu okey....

Sumber :  Melvister.com      

terus maju ke depan