Tuesday, June 12, 2012

siapa wanita cantik???

Wanita cantik ialah :

1. MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH
Seorang perempuan itu akan terserlahkekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yangdatang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaanyang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2. TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak.kalau benar-benarseorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orangsekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yangsebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan diayang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupunsebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3. TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorangyang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan puladia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetaptertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannyaterhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4. TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diujiolehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapibagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halanganuntuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadilebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang adadalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaandaripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akanazab YANG ESA.

5. MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkankesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabilamelibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuahkehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itusentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkanhatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluangpadanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6. MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang darihatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarangpembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untukmeraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yangtulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segalatomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantikini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorangisteri dan ibu yang solehah.

7. BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
dia hanya berharap kepada YANGESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoatidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanitayang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebihmementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluargamereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepadaYANG ESA.


Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!



No comments:

terus maju ke depan