google punya google..tetiba terjumpa tips nih..semoga aku bisa menjadi isteri dambaan suami..hohoho...boley ker??bangun susukan hanee memalam pun dah nak nanges...hohoho..takpe..usaha tangga kejayaan...tips kat bawah ni adalah 8 cara menjadi isteri dambaan suami..boley ker nak jadikan ianya kenyataan..hurm...cer cube..cer cube...
1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik darisudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu andatonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akanbenar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hatisuami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untukmendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnyamampu lakukan ini!
2. 'Assistant' dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yanghobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami.Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya.Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancanganekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapibagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidakberkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlahsekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajetbulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpinkerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapatmenguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahaiisteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami,anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkarakecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapatdiuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat inikerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baikmaka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akanmemberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suamiberada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramaisuami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada dibelakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami,berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi merekajatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidakakan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakanwalaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteritidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayanglebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupunmungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnyasuami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan.Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaikdalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebatakan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri danfamili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ keranaberkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteriyang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem dipejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama dipandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjagaimej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri jugaperlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah,sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaianutama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaansuami anda.
8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadiisteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akanbahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suamianda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila andamengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertuaanda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkansuami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.
semoga kamek dapat jadi isteri yang kitak dambakan..amin.... |
No comments:
Post a Comment