Friday, May 18, 2012

lelaki sebenarnya....

  • Tidak mencari wanita yang cantik, yang dicari adalah wanita yang sejuk hati melihatnya dan mempesona. (Untuk itu, dia selalu meminta anda berdandan. Bukan kerana dia mata keranjang, tetapi mereka ingin anda kelihatan mempesona.)
  • Sangat benci dikhianati. (Walaupun mereka egois, keras dan kuat, tetapi mereka adalah makhluk yang lemah).
  •  Ketika saat dia menyukai anda, beberapa saat kemudian, dia lupa dan malah asyik bersama kawan-kawannya. (Hal ini adalah wajar, tetapi bukanberarti anda tidak pernah ada di hatinya).
  • Jika dia mengatakan "Ya, memang aku tidak memahami kamu", itu maknanya pemikiran dia dan anda berbeza. (Bukakn berarti tak boleh bersatu, tetapi mencuba untuk saling memahami satu sama lain.)
  • Dalam sehari, dia akan sibuk bermain dan menjalani aktivitinya bersama kawan-kawannya. Tetapi percayalah, ketika dia bersiap hendak tidur, anda selalu ada di dalam fikirannya. (Dan percayalah, mereka suka senyum sendiri saat membayangkan betapa cantiknya anda hari ini).
  • "Awak sedang buat apa?" atau "Dah makan belum?" adalah ayat paling selalu diucapkan oleh lelaki ketika di telefon. (Mereka memang bukan makhluk yang pandai berbasa-basi, tetapi mereka sungguh ingin tahu semua hal perkara tentang anda).
  • Jika seorang lelaki benar-benar mencintai anda, dia akan menerima anda apa adanya. Tak peduli anda gemuk, hitam atau berjerawat. (Mereka mungkin akan memberi nasihat pada anda untuk diet ketika anda merasa gemuk, tetapi mereka tulus mencintai anda).
  • Lelaki sangat tergila-gila ketika melihat senyuman anda. (Untuk itu jangan memelihara muka masam di wajah anda, tersenyum dan buatlah dia semakin terpesona).
  • Lelaki akan melakukan apa saja untuk menarik perhatian anda. (Termasuk menceritakan kisahnya kepada bekas kekasihnya, walau terkadang hal ini tidak perlu diceritakannya pada anda.
  • Lelaki tidak suka jika anda bercerita tentang bekas kekasih anda. (Walau kadang-kadang dia suka cerita tentang bekas kekasihnya kepada anda, tapi dia sangat cemburu jika dia mendengar kisah bekas kekasih anda).
  • Jika lelaki ingin bertemu dengan orang tua anda, jangan ragu dan malu. Dia serius dengan anda!
  • Lelaki ingin berbagi semua hal dengan anda, namun terkadang dia tidak boleh mengungkapkan semua hal dengan baik. (Untuk itu, jangan paksa dirinya bercerita jika memang dia belum siap untuk bercerita kepada anda).
  • Sesekali lelaki menangis. (Semua bayi, lelaki mahupun wanita menangis, dan lelaki dewasa juga memiliki rasa sedih, ketika mereka kecewa dan sedih mereka pun boleh menangis seperti anda. Berikan pelukan dan sokongan padanya, kerana anda ada untuknya).
  • Jangan berusaha membuat lelaki marah, kerana mereka adalah makhluk Tuhan yang mudah marah.
  • Lelaki adalah makhluk simple, mereka bukan tipikal yang selalu berharap dan berandai-andai.
  • Lelaki akan mencuba mendapatkan hati wanita yang memutuskannya, sebelum akhirnya mereka berusaha melupakannya. (Inilah yang membuat mereka gagal menelefon anda setelah berpisah, dan kemudian akhirnya menyerah kerana anda memberikan respon yang negatif).
  • Saat anda membuat seorang lelaki jatuh cinta, selamanya dia tidak akan pernah boleh melupakannya. (Untuk itu, boleh dikatakan lelaki lebih lemah dan susah melupakan dibanding wanita).
  • Jangan pernah berkata, "Mmmmhh......lupakan jelah", kerana hal ini akan membuat dia bertanya-tanya dan bahkan curiga pada anda. (Seperti halnya wanita, mereka juga makhluk yang sensitif dan mempunyai rasa ingin tahu).
  • Lelaki tidak akan pernah boleh tidur, jika dengan perlahan anda mengusap belakangnya. Dan membelai lembut kepalanya. (Percayalah, jika anda melakukan ini pada pasangan anda, maka dia akan terus menerus merindukan anda).
  • Lelaki selalu memiliki cara untuk memuji anda.

No comments:

terus maju ke depan