Wednesday, May 30, 2012

FIBROID

Apakah wanita di luar sana tahu apa itu FIBROID?
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, ia boleh memberi pelbagai masalah kepada wanita seperti menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit semasa haid, sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser. 
Bagaimana wanita boleh menghadapinya?
Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tapi setakat ini masih tidak dapat dipastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi pada kebanyakan wanita yang berusia 30 tahun hingga 40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin merendah, fibroid juga akan susut dengan sendirinya. 
Apakah simpton yang dihadapi wanita yang mempunyai fibroid?
Kebanyakan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami :
- sakit semasa haid (senggugut)
- sakit belakang
- haid yang  banyak
- sembelit
- kerap kencing
- keguguran yang kerap
- sukar mengandung
Bagaimana Fibroid dapat dikesan?
Kebanyakan fibroid dikesan secara tidak sengaja kerana ia sering tidak memberi sebarang gejala. Sekiranya anda merasa sesuatu bengkak pada bahagian bawah perut, berjumpalah dengan doktor untuk mengetahui punca pada bengkak itu. Ujian ultrasound scan dengan senang akan dapat membezakan samada bengkak itu berasal dari fibroid atau ovari. 
Bagaimana fibroid ini dirawat?
Kebanyakan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada :-
-  sebanyak mana haid atau senggugut yang anda hadapi
-  berapa cepat fibroid itu membesar
-  usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopous
-  keinginan anda untuk mendapatkan anak kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
                                                                              

No comments:

terus maju ke depan