Sunday, September 22, 2013
Tips Hilangkan Rasa Mengantuk
1) Hampiri kawasan bercahaya
langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari temptat yang terang, misalnya cahaya semulajadi di tepi tingkap.
2) Basuh muka
Cara ini sangat berkesan dan akan serta merta menyergarkan mata anda.
3) Wangian aromaterapi
Wangian aromaterapi dikenalpasti dapat mengembalikan semangat kerana bau-bauan segar akan meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk.
4) Dengar muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda.
5) Senaman Ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, mematahkan jari, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk.
6) Pandang pepohon hijau
Taman hijau dapat menyegarkan pemandangan sekaligus dapt menghilangkan rasa mengantuk
7) Urut
Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala dalam beberapa ketika sahaja anda akan berasa segar dan aktif semula.
8) Minum air yang banyak
air sangat pentinguntuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam dengan lebih kuat.
9) Amalkan teknik pernafasan betul
Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.
10) Berjalan-jalan
Berhenti rehat seketika dengan bangun berjalan dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.
11) Membaca ayat Al-Quran
Membaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayatul Qursi boleh dijadikan penawar untuk meghilangkan mengantuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment