Wednesday, December 12, 2012

Jimak Cara Islam


gambar sekadar hiasan je ye....hiii...

wah...dewasa nye entry sye kali ini...
tadi..dok sebok google punye google terjumpe lah satu artikel cakap tentang cara bersama suami isteri mengikut syariat Islam..hiii..cam segan lak nak citer sal ni kan...
haishhh..macam lah belom kawen kan....
pelik lah awok nih..
okey..berbalik pade topik..
antara yang artikel tu ceritakan ialah..:

Rasullah s.a.w bersabda, "Wahai para pemuda, sesiapa sahaja antara kalian yang telah mampu memikul beban, hendaklah ia segera bernikah, kerana hal itu dapat menundukkan pandangan dan menjaga kehormatan. Sebaliknya, siapa sahaja yang belum mampu, hendaklah ia berpuasa, kerana hal itu dapat menjadi perisai". Hadis Riwayat Ibnu Mas'ud r.a.

Cara melakukan persetubuhan atau jimak yang dianjurkan dengan kaedah Islam:
SUNAT
1. Suci daripada hadas kecil dan sunat terlebih dahulu berwuduk.
   Mandi dan memakai wangi-wangian sebelum jima'
2. Sunat melakukan persetubuhan atau hubungan seks ketika
    sihat dan jangan waktu lapar atau waktu terlalu kenyang
3. Lakukan gurau senda dahulu sebelum bersetubuh
4. Sunat melakukan persetubuhan pada malam jumaat atau 
    pada harinya. Dan  malam Isnin atau malam Khamis
5. Sunat membaca doa sebelum jima':

   






Ertinya:
Dengan nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami dari syaitan 
dan jauhkanlah dari syaitan apa yang Kau karuniakan
kepada kami.

6. Berselimut dan di atas hamparan disunatkan ketika jima'

HARAM
1. Melakukan hubungan seks ketika isteri sedang haid, nifas,  
    dan wiladah. Jika bersetubuh pastikan putus haid, nifas
   dan wiladah dan selepas mandi hadas besar.
2. Haram jima' di tempat terbuka (awam)
3. Haram jima' dalam masjid.

MAKRUH 
1. Makruh jima' pada malam dua hari raya dan pada akhir 
    setiap bulan dan pertengahan bulan-tanggal 15
2. Makruh bersetubuh selepas solat Zuhur hingga ke petang
3. Makruh jima' di bawah matahari dan di bawah bulan mengambang

Untuk mengulangi bersetubuh dengan isteri...hendaklah dibasuh dahulu zakar.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "Apabila di antara kamu telah mencampuri isterinya kemudian dia akan mengulangi persetubuhannya itu maka hendaklah dia mencuci zakarnya terlebih dahulu." (Hadiths Riwayat Baihaqi)

Masa berjimak untuk mendapatkan zuriat yang sempurna.
Sabda Rasulullah s.a.w., "Wahai Ali! Peliharalah wasiatku ini sebagaimana aku telah memeliharanya dari Jibril a.s"
1. Jangan berjimak di bawah pohon kayu yang berbuah. Jika Allah
    mengurniakan anak ia akan menjadi seorang tukang sebat atau 
    ketua yang bengis.
2. Jangan berjima' antara azan dan iqamah. Jika Allah mengurniakan
    anak ia akan menjadi seorang yang suka menumpahkan darah.
3. Jangan berjimak jika isteri sedang hamil melainkan kedua-dua suami
    dan isteri berwuduk. Jika Allah mengurniakan anak ia akan
    menjadikan seorang yang buta hati dan bakhil tangan.
4. Jangan berjima' pada pertengahan nisfu syaban. Jika Allah mengurniakan
    anak ia akan mempunyai tanda pada yang jelek pada muka dan rambutnya.
5. Jangan berjimak pada akhir bulan (tinggal 2 hari). Jika dikurniakan anak
    ia akan menjadi seorang yang suka meinta-minta.
6. Jangan berjimak semasa syahwat terhadap saudara perempuan (adik ipar).
    Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi penolong dan pembantu
    kepada orang yang zalim, pada tangannya membuat kebinasaan kepada 
    banyak manusia.
7. Jangan berjima' dengan isterimu di atas loteng. Jika Allah mengurniakan
    anak, nanti anak itu menjadi seorang  munafiq, pelampau yang melampaui batas.
8. Jangan berjima' dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar bermusafir. 
    Jika Allah mengurniakan harta pada jalan yang tidak haq.
9. Jangan berjimak dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh
    tiga hari tiga malam. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi pembantu
    kepada setiap orang yang zalim.
10. Jangan berjima' dengan isterimu pada awal malam (sebelum isyak). Jika Allah
    mengurniakan anak ia akan menjadi seorang yang ahli sihir, songlap dan 
    menghendaki dunia daripada akhirat.

Cara berjima' yang dituntut.

1. Berjimak pada malam Isnin. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi
    seorang yang berpegang teguh dengan kitab Allah dan redha terhadap segala 
    pembahagian Allah s.w.t
2. Pada malam Selasa. Jika Allah mengurniakan anak ia akan mendapat nikmat 
    mati syahid sesudah syahadah, dan Allah tidak akan azabkannya (turun bala)
    kepadanya bersama-sama orang musyrikin. Mulutnya berbau harum, yang akan 
    melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan 
    mengadu domba.
3. Pada malam Khamis. Jika  Allah mengurniakan anak ia akan menjadi seorang
    yang bijaksana di kalangan yang bijaksana atau orang alim di kalangan
    orang alim.
4. Sewaktu matahari di tengah langit. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak
    dihampiri oleh syaitan sehingga ia tua dan menjadi seorang yang faqih serta 
    Allah s.w.t rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.
5. Pada malam Jumaat. Jika Allah mengurniakan anak ia menjadi seorang
    pemidato yang berwibawa dan petah.
6. Hari Jumaat selepas Asar. Jika Allah mengurniakan anak ia akan menjadi 
    seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.
7. Malam Jumaat selepas Isyak yang akhir. Jika Allah mengurniakan anak ia diharapkan menjadi seorang yang terkemuka.
8. Bacalah doa berlindung dari syaitan. Jika Allah mengurniakan anak ia tidak dimudaratkan oleh syaitan selama-lamanya.

Semoga info ini berguna untuk kengkawan semua...
kalau segan, bace lah sembunyik2..hikhik....
Sumber rujukan:
 http://mselim3.blogspot.com/2012/02/kaedah-jimak-cara-islam.html

No comments:

terus maju ke depan