Best baca artikel ni...tu yang rase cam nak share je kat blog saya yang x seberapa nih..hihi...selamat me'reading'.....
Couple sama dengan ( sama makna ) cinta ? Saya kata tidak.
Bicara cinta kita kali ini. Sebab baru timbul di Official Page saya
soalan berkenaan ‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’. Saya jawab lah
tak ada. Kemudian dia tanya ‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’. Saya
kata ada. Dia pelik. “Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”
Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta,
wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta
la? Begitu kah?
Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh,
orang ramai marah sebab dia kata: “ No cinta b4 nikah ” la , “ Cinta
sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta =
couple dan sewaktu dengannya.
Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta
tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta
boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan
tanpa cinta.
Apa itu cinta
Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana
sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan
padangaan yang saya perhatikan selama ini.
Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah
apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita
kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua
jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah,
adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan
sebagainya. Semua la pendek kata.
Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan
kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta
kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.
Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih.
Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke
dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu,
adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.
Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina
hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT,
boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada
perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling
kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?
Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.
Yang saya kata bercinta sebelum kahwin
Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh
muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali
dah ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang
sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh
cinta’ dan sebagainya.
Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi,
macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat
‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah ‘fitrah’.
Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.
Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.
Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam
lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum
adalah makan minum yang halal.
Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran
atau Hadith sohih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya
sebelum kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.
Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum
kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu,
itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms,
call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan
tidak sama sekali.
Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.
Hendak masuk syurga bersamanya.
Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan
kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu
bercintalah.
Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?
Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat
pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf.
Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan
semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga.
Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar
tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini,
dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.
Siapa kata tiada? ^^
Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan
beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan
pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”
Pernah dengar ayat macam ini?
Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^
Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan
persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau
main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian,
siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa
cinta padanya ni?
Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda
mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil
tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?
Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam
exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja,
atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak
dan pen untuk jawab exam? Mana satu?
USAHA.
Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????
Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study.
Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak.
Bagaimana? Suka?
Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.
Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu
bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri.
Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian
kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.
At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.
Kalau pendam sahaja buat apa?
Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.
Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main
pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat,
sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.
Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.
Tawakkal Buta?
Jangan sekali.
Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama
Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi,
takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang
mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat
garisan membezakan cinta dan couple.
Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.
Cinta sebelum kahwin ada.
Dan.... Siapa kata couple=cinta?
Boleh tukar definisi tu semula. ^^
Sumber : Hilal Asyraf...