Sunday, September 22, 2013

Madah Dari Along

Apa aku.....
Malamkah atau pekatnya...?
Buta ddan bisu....

Aku tak meminta banyak darimu...
hanya sehela nafas dan sederap langkah...
untukku nikmati hiudp ini...

Aku kertas...
koyakdan bakarlah...
biar jadi debu berterbangan di jagatnya...

Punya suara...
tpi tak mampu bicara...
Punya hati...
tak mungkin dimengerti...

hidup memang penuh kebarangkalian...
menjadi yang dicintai...
menjadi yang dibenci...
dan didendami...
hanya pasrah menyerah...
mohon lindunganNya

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk






1) Hampiri kawasan bercahaya
langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari temptat yang terang, misalnya cahaya semulajadi di tepi tingkap.

2) Basuh muka
Cara ini sangat berkesan dan akan serta merta menyergarkan mata anda.

3) Wangian aromaterapi
Wangian aromaterapi dikenalpasti dapat mengembalikan semangat kerana bau-bauan segar akan meransang deria bau sekaligus mengurangkan rasa mengantuk.

4) Dengar muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik dikatakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda.

5) Senaman Ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, mematahkan jari, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk.

6) Pandang pepohon hijau
Taman hijau dapat menyegarkan pemandangan sekaligus dapt menghilangkan rasa mengantuk

7) Urut
Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala dalam beberapa ketika sahaja anda akan berasa segar dan aktif semula.

8) Minum air yang banyak
air sangat pentinguntuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam dengan lebih kuat.

9) Amalkan teknik pernafasan betul
Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

10) Berjalan-jalan
Berhenti rehat seketika dengan bangun berjalan dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.

11) Membaca ayat Al-Quran
Membaca sepotong ayat  Al-Quran di dalam ayatul Qursi boleh dijadikan penawar untuk meghilangkan mengantuk. 

Monday, September 9, 2013

Alhamdulillah...


Syukur...
ketenangan yang ku pinta telah kembali padaku...
sekurang-kurangnya kepalaku x seberat sebelum ini...
semoga ianya berterusan...
alangkah indah hidup dalam ketenangan...
bagai ditiup angin pantai....
kepala ringan ...
apa yang dirancang pun in sha Allah menjadi...
alhamdulillah....
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...

Thursday, September 5, 2013

Kenapa dengan sye ni?

Ya Allah...
mane pergi nya ketenangan ku pada minggu ini...
serius ...aku memang x tenang...
kenapa? kenapa? dan kenapa?
hidup kini aku rasa sangat sempit...dadaku sesak...
kepalaku sendat...
apa yang difikiran ku sebenanrnya...
aku selalu membuat sesuatu menjadi serabut..
yang akhirnya akan memakan ketenangan dalam hatiku sendiri...
ya Allah...
keluarkan aku dari kesempitan ini...
keluarkan aku dari kegelisahan ini...
keluarkan aku dari kesesakan ini...
aku rasa sudah tidak punya masa untuk suami dan anak ku...
apa yang menyibukkan aku sebenanrnya,,,
dek kerana letih dan penat...
aku seakan tidak dapat menanggungnya lagi...
mungkin aku harus mengalah...
kawan...
maafkan aku...
aku tidak dapat mengikut rentak mu...
terlalu laju dan pantas untuk aku saingi...
sedar diri ini masih lemah...
mungkin tidak setaraf dengan mu...
pada ketika ini aku ingin mengundur diri...
maafkan aku...
andai dapat ku undurkan putaran masa...
ingin ku ulang semula..
kata2 yang memakan diriku sendiri...
ingin ku ulang semula...
fikiran2 yang merosak ketenangan hati....
wahai diri...
kembali kepada sedia kala..
jadilah dirimu seperti sebelum ketenanganmu diragut....
jangan tamak dengan duniawi...
sehingga kesayanganmu terabai...
semoga jalan yang kupilih ini benar...
berilah petunjukMu Ya Rabbi....

terus maju ke depan