Thursday, June 28, 2012

cinta


cinta itu cahaya sanubari
kurniaan tuhan fitrah insani
dan di mana terciptanya cinta
di situ rindu bermula

cinta itu tidak pernah meminta
tetapi memberi sepenuh rela
rasa bahagia biarpun sengsara
berkorban segala-gala

semua kerana cinta
yang pahit manis dirasa
menghibur nestapa merawat luka
damai di jiwa
terpada api benci permusuhan
terjalinlah kasih sayang
begitulah cinta yang diidamkan
tanpa nafsu yang mencemarkan
dan jangan pula kerana bercinta
kita pun leka entah ke mana
dan jangan pula kerana cinta
tergadai semua maruah dan agama

cinta yang sejati hanya cintakan Illahi
cinta ayah bonda tulus suci selamanya
cintakan saudara masa berada
hanya sementara
cinta sesama insan
suburkan iman ketaqwaan



Thursday, June 21, 2012

Tuesday, June 12, 2012

siapa wanita cantik???

Wanita cantik ialah :

1. MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH
Seorang perempuan itu akan terserlahkekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yangdatang padanya.sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaanyang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2. TERSENYUM SAAT TERTEKAN
Percaya atau tidak.kalau benar-benarseorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orangsekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yangsebenar.kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan diayang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupunsebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3. TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS
bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorangyang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan puladia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.dan dia tetaptertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannyaterhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4. TABAH DI SAAT TERHINA
setiap yang baik itu sentiasa diujiolehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapibagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halanganuntuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadilebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.ketabahan yang adadalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaandaripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akanazab YANG ESA.

5. MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN
bukan mudah untuk kita memaafkankesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabilamelibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuahkehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,kemaafan itusentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkanhatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluangpadanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6. MENGASIHI TANPA BALASAN
kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang darihatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarangpembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untukmeraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yangtulus.malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segalatomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantikini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorangisteri dan ibu yang solehah.

7. BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILAHI
dia hanya berharap kepada YANGESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoatidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang. Wanitayang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebihmementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluargamereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepadaYANG ESA.


Engkau memang cantik selagi kau menutup malu,
Engkau memang cantik selagi kau memelihara adab,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga aurat,
Engkau memang cantik selagi kau menjaga batas,
Engkau memang cantik selagi kau waras berhias,
Engkau memang cantik selagi kau bersifat fitrah,
Engkau memang cantik selagi kau pantang menyerah,
Engkau memang cantik selagi kau terus bersolat,
Engkau memang cantik selagi kau lurus bertaubat,
Engkau memang cantik selagi kau jujur berilmu,
Engkau memang cantik selagi kau taat suami,
Engkau memang cantik selagi kau membaca Al-Qur’an,
Engkau memang cantik selagi kau beradab sopan,
Engkau memang cantik selagi kau kasih ibu bapa,
Engkau memang cantik selagi kau mendidik keluarga,
Engkau memang cantik selagi kau sabar & tenang,
Engkau memang cantik selagi kau tegakkan Islam,
Engkau memang cantik selagi kau mencegah kemungkaran,
Engkau memang cantik selagi kau berniatkan Tuhan,
Engkau memang cantik kerana kau seindah Islam!



mahu jadi isteri dambaan suami

google punya google..tetiba terjumpa tips nih..semoga aku bisa menjadi isteri dambaan suami..hohoho...boley ker??bangun susukan hanee memalam pun dah nak nanges...hohoho..takpe..usaha tangga kejayaan...tips kat bawah ni adalah 8 cara menjadi isteri dambaan suami..boley ker nak jadikan ianya kenyataan..hurm...cer cube..cer cube...

1. Isteri yang cerdik
Dengan erti kata bukan cerdik darisudut akademik. Gulungan ijazah bukanlah kejayaan yang perlu andatonjolkan untuk menjadi isteri dambaan suami. Isteri yang cerdik akanbenar-benar mengenali siapakah suaminya, tahu bagaimana mengambil hatisuami di waktu sedih, pandai mengangkat suami di pandangan orang lain, tidak hanya merajuk untukmendapat perhatian dari suami. Wahai isteri-isteri anda sebenarnyamampu lakukan ini!

2. 'Assistant' dalam pengurusan kewangan keluarga
Jangan menjadi seorang isteri yanghobinya suka shopping. Anda sebenarnya mula memeningkan suami.Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya.Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancanganekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapibagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidakberkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlahsekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajetbulanan yang diberikan oleh suami anda.

3. Manager dalam segala hal
Suami diberikan kuasa untuk memimpinkerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapatmenguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahaiisteri-isteri yang perlu menjadi ‘manager’. Makan pakai suami,anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkarakecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapatdiuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat inikerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baikmaka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, beliau akanmemberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.

4. Selalu di belakang suami
Ramai isteri mengharapkan suamiberada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramaisuami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada dibelakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami,berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi merekajatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, percayalah bahawa tidakakan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakanwalaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.

5. Menjaga perut suami dan anak-anak
Yang ini seharusnya seorang isteritidak dapat tidak mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayanglebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Walaupunmungkin masakan anda tidak sehebat masakan chef, tetapi hakikatnyasuami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan.Tangan seorang isteri sudah tentu bukan sahaja menyediakan yang terbaikdalam menu untuk keluarganya, tetapi juga sudah pasti isteri yang hebatakan berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.

6. Pandai jaga diri
Isteri perlu pandai jaga diri danfamili. Maklumlah mungkin ada ketikanya suami ‘out station’ keranaberkursus atau atas urusan kerja yang lain. Maka sudah tentu isteriyang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.

7. Perunding imej
Kalau suami anda nampak hensem dipejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama dipandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjagaimej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri jugaperlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik ketika berada di luar rumah,sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaianutama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaansuami anda.

8. Menjaga keluarga mertua
Tidak dapat tidak untuk menjadiisteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan akanbahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suamianda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila andamengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertuaanda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkansuami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.
semoga kamek dapat jadi isteri yang kitak dambakan..amin....




Monday, June 11, 2012

bencinta

     macam lagu faizal tahir ja..huhu..tapi ya loh..memang sangat geram malam tadi..erm..en.suami buat perangai lagi..naper yer kitak selalu nak balek umah mak kitak..tak puas lagi ker bersama mak di siang hari???memang sangat menghairankan...menyedihkan pun ada..membencikan pun ada..tapi hati masih cinta...
     herm...mengeluh lagi....aduhai..hai...nye..pun..kan...bukan lah nak menghalang kitak dari jumpa ur mum..tapi hanya malam lah masa kita bersama...bertiga...tak boley ker luangkan seluruh masa malam yang ada tu untuk kamek dan hanee kitak?kamek sedih kitak tahu tak?kitak tak tahu apa yang bermain di hati kamek bila kitak sik ada di umah malam2..aduh..susah mahu diungkapkan lor....
     tak dapat ker kitak cuba untuk mendengar kata kamek?bukan kamek nak mengongkong kitak..tapi kamek masih baru dalam dunia keibuan ni...just..try lar untuk bimbing kamek...biar kita susah bersama..at least bila kamek susah hati, bila tengok muka kitak hati kamek kurang susahnya...bila tengok muka kitak kamek dapat kekuatan..percayalah...memang kamek dapat kekuatan...walaupun kadang tak banyak tapi cukuplah untuk tenangkan sedikit kekocakan hati kamek masa tu...tapi sebaliknya kitak takder...terasa down sesangat...mase tu la hati ni mula panas..sepanas kuali yang baru diguna pas masak...hurm...
     sedih bila fikir kitak sometime macam ambil endah tak endah jak teguran kamek..sampai bila kamek nak tegur sikap kitak macam tu?bosan..malu pun ada...kamek begitu berharap agar kitak tak buat perangai macam tu lagi pasnih...tak larat la nak bermasam muka memalam..aduyai....
     hati....sabarlah selagi terdaya....

mari berzikir


Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :
" Sesiapa yang menjurusi satu jalan untuk mencari ilmu nescaya Allah akan mempermudahkan padanya jalan ke syurga." (Sahih Muslim)

*Zikir harian anjuran Imam Al-Ghazali

Jumaat
Ya Allah

Sabtu
Laa ila ha il lallah
(Tiada Tuhan melainkan Allah)

Ahad
Yaa Hayyu Yaa Qayyum
(Ya Allah yang Maha Hidup lagi berdiri dengan sendirinya)

Isnin
La hawla wala quwwata illa billahil'aliyyil'azhim
(Tidak ada upaya dan kekuatan melainkan dengan kuasa Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar)

Selasa
Allahumma shalli'ala saiyidina Muhammad
(Ya Allah, rahmatilah ke atas Nabi Muhammad s.a.w)

Rabu
Astaghfirullahal'azhim
(Aku mohon ampun kepada Allah yang Maha Besar)

Khamis
Subhanallahil'azimi wa bihamdih
(Maha Suci Allah yang Maha Besar dan pujian kepadaNya)

*Dipetik dari Buku Amalan Harian Sepanjang Zaman


kuatkan iman

BESI itu kuat...tapi API mampu meleburnya,
API itu kuat...tapi AIR mampu memadamkannya,
AIR itu kuat...tapi AWAN mampu menyejatnya,
AWAN itu kuat...tapi ANGIN mampu menolaknya,
ANGIN itu kuat...tapi BUKIT mampu menghalangnya,
BUKIT itu kuat...tapi MANUSIA mampu menghancurnya,
MANUSIA itu kuat...tapi NAFSU mampu menunduknya,
NAFSU itu kuat...tapi IMAN mampu mengalahkannya,

tapi bila IMAN kuat...
TIADA APA yang mampu mengalahkannya...



Rahsia di sebalik solat


Thursday, June 7, 2012

hanee nak mamam ker?

erm...tadi mase dok sembang2, ade sorang kakak ni cakap yang anak buah dia skrg dah start mamam mknan pejal...mak dia bagi baby tu makan bubur nasi...terfikir jugak dalam hati..boleh ker nak bagi hanee ibu mamam bubur jugak? tpi doc slalu pesan x elok bagi mknan pejal pada bayi below 6 months...tpi, selame ni aku slalu dengar yang mak2 selalu kasi anak mkn sebelum umur 6 bulan pon..xde pulak jadik ape2..
nak bagi ke x nak ye? sbb bile ibu pegang hanee, ibu rse mcm isi hanee lembik jer...teringin jugak nak bagi badan hanee mcm rase badan anak bang mat, si puteri tu...hihi...skarang ni bagi cerelac kat hanee..tpi badan hanee still x keras...

yang ni la aku bagi kat hanee..tu pun 2 scoop per day...tak berani aku nak bagi byk2..tkut mslh pulak sistem penghadaman hanee...tapi..rase2nye aku nak try la bagi bubur yang akak tu ckp...bagi satu sudu boley kot kan???tengok la camner nnti....hihi...tengok mak kate ape...



atasi rasa marah

tipu lah kalau korang tak pernah rasa marah kan..setiap manusia memang dibekalkan dengan rasa marah dan stress...tapi marah macam mane pun haruslah berpada-pada...takut nanti akhirnya diri sendiri yang merana..mcm mana nak atasi kalau kita rasa marah yer?ape nak buat kalau marah mulai terbit di dalam hati kita yang sebenarnya ada taman ni...bace ni..

1. Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
2. Bertenang…kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
3. Kenal pasti kenapa anda marah
4. Cuba dengar penjelasan orang lain
5.Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
6. Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
7. Membiasakan diri memaafkan - menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan

kalau perasaan marah tu mula terbit dalam hati sanubari...cube untuk :

1. Berfikir secara positif
2. Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
3. Belajar menyukai diri sendiri
4. Belajar bertenang
5. Adakan hobi
6. Adakan hobi, kerja atau beriadah
7. Dapatkan tidur yang cukup
8. Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
9. Bersifat tegas/asertif
10. Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda

aku pun sendiri harus cube praktikkan senarai2 yang kat atas tu..sebab aku ni kira boleh tahan jugak lah pemarah nyer...hihi...semoga sama2 kita dapat hindarkan api dari dalam hati kita..amin...


Wednesday, June 6, 2012

jangan macam ni lah hati...

aduh..naper rasa hati mcm ni tak hilang2 lagi...naper?why?bahet?porke?kiu?...hurm...naper x senang setiap kali tengok apa2 pon tentang dia..padahal dia tak kacau aku pon kan???kan???kan???haish...boleh merana jiwa kalau dilayan sangat..kadang2 boley jer buat tak tahu dengan dia ni.siap sembang sakan lagi..tapi sometime..erm..rase cam teramat x senang..aduh...mulut cakap saya maafkan awak...mase tu hati pun ikhlas je meng'iya'kan...tpi lame pastu mula hati ni meragam balik...memang tak elok kan aku perangai camtu...x baik sangat..erm..nak buat mcm mane..sape suruh dia muka tak malu..hihi...
sampai satu tahap tu..kalau hati memang sangat x senang..mula la aku membandingkan diri sendiri dengan dia..dia ada yang itu lah..dia nilah...dia tu lah..semua yang up dari aku..makin lah hati tambah menyampah dengan dia..aduii..agak nya aku ni dah kene penyakit iri hati kan...
tapi siyeslah cakap..kalau dengan dia ni memang aku tak boleh nak blah...sentiasa nak tau apa perkembangan dia..kadang2 bila fikir balik aku ni macam org gila jer...sampai ape yang dia tulis aku catat kat dalam note book...fulamak....memang kes parah la kan? naper aku boley jadi camtu yer?agaknye aku ni patut pegi jumpe kaunselor kan...
tak tau la sampai bile aku akan rasa tak senang dengan dia...semoga tuhan melindungi hidupku dari apa2 niat tak baik yang terlintas di hati nya..semoga tuhan melindungi hati ku dari sentiasa berprasangka tak baik dengan si dia ni..amin....

ibu...engkaulah ratu hatiku...


Sedar tak sedar, rasa macam x caya kan dah bergelar seorang ibu..hihi...dulu lepas kawen takut jugak kalau x boleh jadi isteri sempurna untuk suami kesayangan..setiap bulan selepas kawen mesti berdebar2 kalo period date dah nak dekat..then kalo period dtg mesti rsa hampa n kuciwa...tapi xpa...mase masih panjang..tu ayat utk sedapkan hati ketika itu..then..lepas 5 bulan menunggu dengan penuh debar akhirnya lekat jugak seorang..Alhamdulillah..BIG PRAISE BE TO ALLAH SWT yang telah memberi kesempatan terhadap hambaMu yang hina ini merasa nikmat menjadi seorang ibu...akan aku cuba untuk menjadi ibu yang baik untuk anugerah agung Mu ini...
Bila dah jadi ibu ni, mmg sangat penat ditambah lagi tanggungjawab menjadi seorang pekerja ofis hour..aduhai..hai...kan..nye ...pun...aduh...mmg teramat penat..kadg2 rase nak nanges jugak sebab rase mcm tak mampu pulak nak memikul all those tggjwb...tpi nak buat mcm mane..hidup musti diteruskan dengna redha di jalan Nya...banyaknya yang aku akan pikul di bahu dalam menjayakan misi menjadi ibu mithali..contohnya:

1. pendidik keluarga
2. pemimpin kedua dalam segala hal rumah tangga
3. penasihat a.k.a kaunselor
4. doktor dan jururawat
5. pendisiplin anak2
6. engkaulah kawan engkaulah sahabat
7. penyelesai masalah
8. peransang perkembangan mental anak2
9. mengawal tingkah laku anak2
10. model kepada anak2
11. mendoakan kejayaan anak2 dunia akhirat
12. mengawal ekonomi rumah tangga
13. menjaga harta suami dan keluarga...
14. dan banyak lagi..lagi..lagi...

Mampu ke aku nak buat semua tu?hiii...cam x yakin jer...mampu ke nak jadi ibu mithali...semoga Allah membantu hambaMu ini...amin....semoga aku tabah dalam setiap yang mendatang...kalau mak aku boleh naper aku tak boleh kan? Ingat satu jer..Allah takkan bagi sesuatu yang berlaku di luar kemampuan hambaNya..sentiasa berprasangka baik....semoga aku menjadi seorang isteri dan ibu yang berjaya dalam keluarga..amin.....


wanita dan wangian

Memang menjadi fitrah manusia sukakan sesuatu yang cantik dan wangi. Ini kerana Allah juga sukakan kecantikan dan menggalakkan hamba-Nya berhias dengan pakaian yang cantik untuk mengerjakan ibadah. Hal ini bersesuaian dengan maksud surah Al-A’raaf, ayat yang ke-31:

“Wahai anak-anak Adam, pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadah (atau mengerjakan solat), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau, sesungguhnya Allah tidak suka akan orang yang melampaui batas.”
Galakan untuk berhias ini bukan sahaja untuk kaum lelaki, bahkan juga untuk kaum wanita. Akan tetapi, perhiasan kaum wanita hanya terhad kepada golongan tertentu. Mereka tidak boleh berhias dan mempamerkan perhiasan mereka pada khalayak ramai seperti firman Allah dalam surah An-Nuur, ayat 31 yang bermaksud:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”

Terdapat beberapa hukum tentang wanita memakai minyak wangi iaitu harus, sunat, makruh dan haram. Wallahu’alam.

Harus
     Seseorang wanita itu dikatakan harus memakai wangi-wangian ketika suami berada di rumah terutamanya ketika ingin melayan suami mereka. Selain daripada itu, wanita tidak diharuskan memakai wangi-wangian. Nabi s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik wanita (isteri) ialah jika kamu memandangnya sentiasa menyenangkan hati kamu…” (Riwayat an-Nasa’is dari Abu Hurairah)

Ini bererti seorang wanita itu haruslah sentiasa kelihatan menarik dari segi akhlak dan penampilannya agar dapat menyenangkan hati suaminya.

Sunat
     Sunat bagi wanita berwangian ketika berada di rumahnya, ketika ingin menunaikan solat dan beribadah di dalam rumahnya, dan juga ketika menyambut tetamu wanita.
Terdapat hadis yang menjelaskan wanita juga digalakkan berwangi-wangian tetapi bukan pada tempat yang telah dilarang. Rasulullah telah bersabda yang bermaksud:

“Wangi-wangian lelaki ialah yang jelas baunya dan tersembunyi warnanya. Sementara wangi-wangian wanita pula ialah yang cemerlang (jelas) warna dan tersembunyi baunya” (Riwayat al-Tarmizi)

Wanita juga disunatkan memakai wangian sebelum melakukan ihram. Aisyah r.a berkata:

“Kami (isteri-isteri Rasulullah s.a.w) pergi menunaikan haji bersama Rasulullah s.a.w. Ketika hendak berihram, kami memakai minyak wangi yang terbaik di kening kami. Ketika salah seorang di antara kami berpeluh, minyak wangi itu akan mengalir hingga ke muka dan Rasulullah s..aw melihat hal itu, tetapi tidak menegur kami (ertinya nabi s.a.w tidak melarang)” (Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Makruh
     Hukum berwangi-wangian ketika berpuasa adalah makruh. Ini telah umum disepakati oleh ulama dan terdapat penjelasan dalam bab puasa.
Keterangan yang dapat dipegang dan dijadikan alasan ialah fatwa Imam Syafie dan Qaliyubi yang menyatakan “makruh memakai wangi-wangian ketika berpuasa”. Menurut Qaliyubi pendapat itu ialah pendapat ijmak.

Haram
     “Seorang wanita yang memakai bau-bauan dan melintasi satu kaum (orang banyak) maka dia itu adalah perempuan zina” (Abu Dawud, Tirmidzi)

Nabi s.a.w bersabda:

“Siapa saja perempuan yang memakai minyak wangi kemudian keluar ke masjid nescaya tidak diterima solatnya sehingga ia mandi dahulu (membersihkan dirinya dari wangi-wangian tersebut).” (Sahih riwayat Ibnu Majah dari jalan Abu Hurairah)

Abu Hurairah menceritakan bahawa dia pernah bertemu dengan seorang wanita sedang pulang daripada masjid dan ia berbau wangiannya, lalu beliau menegur:

“Wahai hamba Allah, apakah kamu pulang dari masjid. Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa Allah s.w.t tidak akan menerima solat wanita yang memakai bau-bauan ke masjid sehingga dia pulang dan mandi……” (Abu Daud, An-Nasaie, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)

Abu Musa meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:

“Setiap mata itu berzina (apabila memandang dengan nafsu wanita yang asing). Dan seorang wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melalui sesuatu majlis, maka ia adalah demikian, demikian…(penzina)” (Riwayat Tirmidzi)

Daripada hadis-hadis di atas, maka jelaslah bahawa kaum wanita diharamkan memakai wangi-wangian ketika keluar dari rumah dan juga dilarang berhias berlebih-lebihan kecuali di rumah terutamanya di hadapan suaminya.
Allah jualah yang Maha Mengetahui. Wassalam.             

mudahnya wanita mendapat pahala dan syurga

Dalam sesebuah rumah tangga, dua peranan utama yang sewajarnya dimainkan oleh seseorang wanita iaitu sebagai isteri dan ibu. Seorang isteri sentiasa mendampingi suaminya sama ada dalam keadaan susah atau senang. Ibu pula terbabit secara langsung dalam memberi pendidikan kepada anak-anak serta menjaga hal ehwal rumah tangga dengan bantuan suami. Firman Allah:
“Sesungguhnya, Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak  menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah an-Nisaa’, ayat 58)
Islam membenarkan wanita keluar bekerja berdasarkan kepada keperluan seperti ketika ketiadaan suami, ketidakupayaan suami atau bekerja dalam jawatan yang memerlukan khidmat wanita seperti doktor, tenaga pengajar kepada kaum wanita serta bidang lain yang bersesuaian. Bagaimanapun menurut Islam, keharusan wanita untuk keluar bekerja mestilah mengikut batas syarak iaitu: 
> Kerja itu mesti bersesuaian dengan sifat kewanitaan.
> Kerja itu tidak menjejaskan peranannya sebagai isteri dan ibu
> Bertujuan murni sama ada untuk membantu keluarga atau menyampaikan kesedaran Islam kepada wanita lain
> Sentiasa memelihara kehendak syarak seperti menutup aurat.
> Sentiasa menjaga tata susila dan terhindar daripada berlakunya pergaulan bebas dengan lelaki.
> Mendapat restu daripada penjaga, bapa atau suami.
> Mengelak daripada melakukan perkara yang boleh membawa fitnah sama ada dari segi tindakan, cara berpakaian atau mengenakan perhiasan.
Apa yang pasti dengan keluarnya wanita bekerja tidak akan mengubah atau mengabaikan  tanggungjawabnya utama sebagai serikandi dan bidadari dalam rumah tangga.
Bagi wanita yang bekerjaya walaupun penat dengan tugas-tugas di pejabat dan di rumah, ingatlah bahawa mudahnya para wanita terutamanya berstatus isteri mendapat pahala. Kejarlah ganjaran di akhirat kelak.

1.  Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat.
2. Dua rakaat solat daripada wanita hamil lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
3. Wanita yang beri susu kepada anaknya daripada buah dadanya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.
 4. Apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri layan dengan baik akan mendapat pahala jihad.
5. Seorang isteri yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.
6. Isteri yang melihat suami dengan kasih sayang dan suami pula melihat isteri dengan penuh kasih sayang, Allah s.w.t. akan pandang dengan penuh rahmat.
7. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar di jalan Allah s.w.t. dan kemudian menjaga rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya dan jadi ketua kepada 70 000 Malaikat dan bidadari. Wanita itu akan dimandikan dalam syurga lalu menunggu suaminya sambil menaiki kuda yang dibuat dari permata Yaqut.
8. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampun oleh Allah s.w.t. seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah s.w.t. memberinya 12 tahun pahala ibadat.
9. Wanita yang memerah susu binatang dengan bacaan “Bismillah” didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
10. Wanita yang menguli tepung dengan “Bismillah” Allah s.w.t. akan berkatkan rezekinya.
11. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti menyapu lantai Baitullah.
12. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah s.w.t. mengizinkannya masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia kehendaki.
13. Pahala bagi wanita hamil adalah seperti berpuasa pada siang hari dan beribadat pada malam hari.
14. Wanita yang bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah swt. akan beri satu pahala haji.
15. Sekiranya wanita itu meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira mati syahid.
16. Apabila seorang wanita yang menyusukan anaknya yang menagis diwaktu malam dengan sabar, dia dapat pahala satu tahun sembahyang dan puasa.
17. Kalau wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh 2 suku tahun maka malaikat di langit datang bawa khabar gembira bahawa syurga wajib bagi kamu.
18. Kalau isteri layan suami tanpa khianat dapat pahala 12 tahun solat.
19. Wanita yang picit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 tola emas manakala isteri yang picit suami bila disuruh akan dapat pahala 7 tola perak.
20. Wanita yang meninggal dunia dengan dapat keredhaan suaminya, dia akan masuk syurga.
21. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
22. Jika suami mengajar satu masalah agama pada isterinya dia akan dapat pahala 80 tahun ibadat.
23. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah swt di akhirat tetapi Allah swt sendiri akan datang pada wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah (tetap).
24. Seorang isteri yang menyambut baik kedatangan suaminya yang dalam keadaan marah, Allah swt beri kepadanya setengah pahala jihad.
 25. Allah swt berkati dalam rezeki bila seorang wanita memasak dengan zikir Bismillah.
26. Allah swt akan melaknati wanita yang sengaja mendedahkan auratnya kepada lelaki yang bukan muhrimnya.

hukum memakai gelang kaki tanpa loceng

SOALAN : Adakah haram memakai gelang kaki tapi tidak ada loceng? Bagaimana pula hukumnya tentang pemakaian gelang tangan berloceng?

JAWAPAN : Bila termenung jauh memikirkan masalah wanita sekarang ini, memang kebanyakkan wanita ini pada setiap hari dalam kehidupan mereka dibelenggu dengan dosa-dosa tanpa disedari oleh mereka. Kadang-kadang saya lihat wanita yang faham agama juga terlibat dengan masalah ini. Alasan mereka Islam tidak melarang berhias dan bercantik-cantik. Paling malang lagi, mereka mengajarkan orang lain dengan pandangan mereka yang singkat tanpa menjelaskan secara terperinci pakaian yang dikehendaki oleh Islam. Saya tidak mahu menyentuh dan membahas secara panjang masalah pakaian wanita ini, sebab sebelum ini juga saya telah buat beberapa artikel yang berkaitan dengan masalah pakaian wanita ini. 
Firman Allah yang bermaksud : 

     “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan Yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali Yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya Dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka Yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki Yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak Yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa Yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang Yang beriman, supaya kamu berjaya.” (An-Nur : 31)

     Berdasarkan firman Allah di atas ini, jelas bagi setiap wanita tentang tatacara berpakaian yang dituntut di dalam Islam. Malah wanita tidak dibenarkan berjalan secara berhentak-hentak kaki kerena ia mampu menarik perhatian orang lain yang bukan mahramnya. Ini juga dapat menimbulkan fitnah buatnya. Perlu diketahui bagi sekelian wanita yang cintakan Islam yang memakai kasut bertumit, apabila mereka berjalan ia akan mengeluarkan bunyi yang kuat, ini juga boleh menarik perhatian dan minat orang yang bukan mahram terutamanya lelaki. Perkara ini juga boleh digolongkan dalam larangan Allah akan wanita yang berjalan dengan hentak-hentak kaki dan mengeluarkan bunyi. Begitu juga bagi wanita yang memakai gelang kaki berloceng, bila berjalan ia dapat menghasilkan bunyi gelang dan perbuatan ini juga sangat dilarang di dalam Islam. Tegahan ini telah dibuatkan di dalam Kitab Bahrul Mazi memakai loceng adalah ditegah oleh syarak kerana bunyi loceng itu menyebabkan tiada malaikat Rahmat mendekatinya. Penegasan ini berdasarkan kepada Hadis Rasulullah yang bermaksud :

     “Tiada menyertai malaikat Rahmat bersama jamaah (kumpulan) yang ada di dalamnya anjing dan loceng” (Riwayat Tarmizi)

     Penegasan ini juga termasuk loceng yang terdapat digelang kaki dan juga loceng yang terdapat dipergelangan tangan. Bagi sesiapa yang melakukannya, maka lebih baik bertaubat dan meninggalkan perbuatan tersebut. Ini akan merugikan kita semua. Kalau ada wanita yang memakai gelang kaki tanpa ada loceng, ini tidak menjadi masalah dan perbuatan tersebut adalah harus, kerena ia tidak dapat menarik perhatian orang lain, tambah lagi gelang kakinya disembunyikan disebalik pakaiannya. Apa-apapun bergantung kepada niatnya, kalau ia pakai untuk menarik perhatian orang yang bukan mahram akan perhiasan yang dipakai olehnya, maka ia boleh mendatangkan dosa dan maksiat. Kadang-kadang setengah wanita mereka memakai atas sebab keinginan kekasih lelaki mereka atas alasan apabila mereka pakai akan lebih menarik dan cantik. Tidak menjadi masalah kalau perbuatan tersebut disebabkan suruhan suami. Secara logiknya, kebanyakkan wanita yang memakai gelang kaki, tidak menutup aurat kaki dengan memakai stokin atau seumpamanya. Mungkin disebabkan sukar kerana gelang tidak dapat dimasukkan ke dalam stoken atau takut orang lain tidak nampak. Kalau begini punya persepsi, maka sudah pasti ia menjadi dosa.

Sumber: http://www.ustaznoramin.com/                                                                                          

Tuesday, June 5, 2012

hukum meniup lilin hari lahir

     Sering menjadi persoalan kita "bolehkah menyambut hari kelahiran dengan meniup lilin sambil menyanyi...some people kate x boley.tapi kalau kita tukar dengan lagu Allah selmatkan kamu macam mana pulak?    
Sebenarnya menyambut hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah sendiri akan berpuasa setiap hari Isnin untuk memperingati kelahiran baginda. Kemudian setiap 12 Rabiulawal semua umat Islam akan menyambut hari kelahiran dan perjuangan baginda untuk memartabatkan agama Islam.
     Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik keranaitu adalah caranya kita mengingati segala nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita dan ia merupakan slah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita ke dunia ini dengan keadaaan baik dan sihat.
     Tapi harus diingat kalu majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang telah ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, konsert, bercampur antara lelaki dan perempaun yang bukan mahramnya, meninggalkan solat dan sebagainya maka majlis ini menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam di luar sana, bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu "selamat hari jadi"?.
     Jawapannya perkara ini datang bukan dari budaya Islam tetapi ia datang dari budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW membawa maksud : 
     "Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku."
     Jelas disini marayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari agama Islam, maka ia dipraktikan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barangsiapa yang menyambutnya dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu selamat hari lahir adalah haram sebab ia bukan dari budaya agama Islam. Cara Islam menyambut hari kelhiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat berdekatan dengan bertujuan untuk bersilaturrahim antara satu sama lain. 
     Akhir kalam, masuklah ke dalam agama Islam dengan cara keseluruhannya, bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan akhirat. Raikan lah hari kelahiran dengan cara yang ditetapkan oleh syarak Islam..mudah-mudahan majlis yang dilaksnakan itu mendapat keberkatan dan dirahmati oleh Allah SWT..amin...
sumber : http://www.ustaznoramin.com/

~~~ hanee dah 4 bulan ~~~

bolat nyer mate....
alhamdulillah..hanee dah 4 bulan dah...tapi hanee belom pandai jadi superman lantai...huhu...x sabar nak tengok hanee berenang atas lantai...bila la agaknya kan??? erm...tapi xpa...ibu tunggu dengan sabar ye sayang....cuaca skrg pon teramatlah panas..kesian hanee..badan hanee sgt sensitif...kalo kene peloh comfirm ruam..skrg pon byk ruam kat blkg badan n blkg kepala...camner nak hilangkan ye? risau ibu tengok badan hanee camtu.. erm.. 

kepala kobis...

hahaha...geram..sapa suroh tomey sangat..kan dah kena buli...letak pampers tas kpala hanee..cam kobis...kiut nya anak ibu nih...hish..x boley tahan....

ibu...jom tengok upin ipin...
semalam hanee nanges...pastu bila ibu bukak citer upin ipin terus diam..hadui...pandai tengok citer kartun dah hanee....melompat2 kaki bile tengok upin ipin...sonok ye hanee....erm..pandai anak ibu nih...camni baru anak ibu..kan..kan..kan...

terus maju ke depan